Syera Othman: Et Divas Ke Krabi (Part 1)

29 October 2015

Et Divas Ke Krabi (Part 1)


Sawadikap, Hi korang. Rasa macam newbies sangat sebab terasa kekok nak guna blog ni. eh? Hihi. Ahh tak kisah la newbies ke butterflies ke memana je. Dah nak seminggu balik Malaysia baru nak update blog. Tapi, the main problem is still taktau nak pilih gambar mana satu nak tepek dalam ni. Haih ! Masalah paling besar untuk seketul bunga memikirkannya. Mana tak nya satu hari je dah dekat 150-200 gambar. Kalau empat hari? haa korang fikirlah sendiri ! Okay okay tak sabar nak membebel. 
Scroll down !!


18 October 2015 (Sunday)

Hari paling nervous aku rasa, sebab macam tak percaya aku nak pergi vacation dengan #TeamDivasHambar -_-' Yelah mana taknya before ni aku selalu backpack sorang-sorang je, takde orang sudi teman. Sob sob. :( Tetiba je kalini nak ber'backpack' ada orang teman. :) K, bunga sila diam ! Sambung...

Actually flight kitorang awal pagi hari Isnin (19 Oktober) tapi, disebabkan boarding time pukul 6 pagi so, terpaksa la bermalam dekat Airport. Kitorang gerak dalam pukul 10 malam gitu dari Kolej naik LRT pergi Kl Sentral and ambil SkyBus ke KLIA2 around pukul 11.30 malam. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 ambil masa dalam 1 jam 30 minit tak silap so, sampai airport dalam pukul 1 pagi. Ingatkan lambat nak kejar LRT but, Alhamdulillah sempat ! :)

Sampai KLIA2 and Waiting For Hamka
(Maafkan Si Ikan Bilis Yang Tertidur tuh)

Can't Believe This is Happening !!
(Okay cukup kuota)


Day 1 : 19 October 2015 (Monday)

Meh belanja gambar dulu.

Masa untuk terbang !

Nak dijadikan cerita, sepanjang jalan nak ke gate tuh punyalah bergaduh siap perang mulut lagi. Persoalkan apesal gate ni jauh nak mati, beg kau besar gedabak la, jalan terhuyung-hayanglah, masa ni rasa nak sepak je mulut-mulut tempayan dorang ni. GERAM ! Tapi, one thing yang rasa macam sepakat sangat sebab...

Kitorang share perasaan yang sama "Betul ke nak pergi Krabi ni?"

So, bermulalah episode #EtDivasKeKrabi. Seat lain lain so, taktau apa dorang buat. Yang aku tahu, aku masuk je plane, tak berlepas lagi, dah membuta la sebab semalamnya tak tidur langsung sebab melayan si Diva AA Zahir main chess. 


Alhamdulillah around 7.50 pagi (waktu Krabi) kitorang sampai kat Krabi Airport.
Semua mata bengkak sebab kurang tidur. Hmm.
Korang tengoklah perangai si Ikan Bilis jadian tuh ! Jahat kan? --'

Masa ni semua dah lepak dah la penat tak cukup tidur lepastuh van tak sampai sampai so, terpaksa bersidai kat tepi longkang. (Haih ! Sadisnya) Tapi, dia punya excited nak jalan tuh lebih tinggi berbanding nak tidur. Fyi, jangan risau certain penduduk kat sini boleh communicate in Kelantan slang tapi ! tapi ! tapi ! peratus yang boleh cakap tuh dalam 5% je. Huhu. So, you gais boleh la prepare sikit sikit cakap bahasa siam and Kelantan agar bila korang tersesat kat sini dapat la tanya depa direction kemana yang u gaiss nak pergi.

Nak dipendekkan cerita, sampai je bilik hotel kitorang tak boleh check in lagi sebab masa tuh baru pukul 9 pagi kot. Waktu check in semua tempat macam biasalah pukul 2 petang sepatutnya. Tapi, dorang baik hati nak bagi kitorang check in pukul 12 t/hari. Disebabkan dapat 1 motor free dari pakej and weolls decided sewa motor lagi 3 biar semua dapat naik motor and jalankan mission untuk first day. -,- (Fyi, sewa motor hanya 200 bath sehari = RM24) Kira sejam seringgit Malaysia lels.


Sesi memenuhkan perut yang kebulur. Hihi
(Abaikan muka yang berminyak tuh)


Makan kat sini around 60-120 bath seorang and siap dapat free nenas lagi. Jangan risau nenas dia manis tak masam. SEDAP ! Tapi, air masak pun kena bayar. Pfftt. 

After lunch masa otw balik ke homestay, kitorang pun singgah la sekejap pantai Aonang untuk menikmati permandangan.
(Cuba teka apa yang pelik kat gambar ni? hehe)
Nampak tak aku punya sayang geng aku. Pfffttt
.
Lepas check in, kitorang pun decide nak rehat and solat kejap. Lepas asar dalam pukul 4.30 petang gitu kitorang pun pergilah menuju ke destinasi yang dirancang. Iaitu tempat shopping souvenir ! (Masa ni takde ambil gambar sebab tetiba ada problem orang BANGUN LAMBAT !) Hehs. Petang tuh tetiba je hujan lebat so, terpaksa berteduh kat dalam kedai situ sat and tiba maghrib kitorang pun decide merempit je balik homestay.

----- GASTROBOD (aku dah tak ingat apa nama dia) :P
(Yang aku tau sekarang ni baju aku basah lencun)

Lupa nak bagitau, sewa motor memang murah tapi, minyak kat sini sumpah mahal gila. TAK TIPU ! Suku tank dah cecah 50 Bath bersamaan dengan RM6. (Haa. Kau ghase?) So, bersyukur la sebab kat Malaysia motor biasa full tank baru RM5. :') Jangan dok ngeluh je. -.-

Habit betul mamat ni setiap kali ambil gambar confirm Aqibun si mamat ikan bilis ni tidur. Huhs.

Having our dinner at Bangboo Halal Seafood, Aonang Street
Untuk dinner malam first ni kitorang dibawa makan ke tempat yang agak mahal sebenarnya. Tapi, rasa masakannya boleh la tahan (kot). Ikut aku, aku bagi ler rating 5/10. Kahkah. (JAHATNYA !) hihi. Disebabkan kitorang rasa restoran ni mahal GILERRRRRR ! so, wealls decided untuk share je makan malam. Dengan malasnya kitorang (Aku, Kyla, Zahir and Daoh) pun order empat pinggan nasi putih, tom yam ayam, kailan ikan masin and telur dadar. Semua lauk ni untuk 2 orang makan je dah memadai. Air kitorang minum air suam je sebab masa ni hujan lebat dan kesejukan sampai ke tulang, jadi air suam adalah pilihan yang terbaik. :) Total price dinner kitorang adalah +/- 380 untuk 4 orang bersamaan dengan RM45.60.



Masa ni terpecah dua group sebab kitorang pi balik homestay dulu mandi, solat and salin baju apa semua.
(Window Shopping at Aonang Street)
Tamatlah sesi malam ni. Dalam pukul 11 malam (Waktu Krabi) kitorang dah bergegas balik dah sebab kedai-kedai dah start tutup. (Erghhh. Baru nak overnight sikit. Jealous betul depa semua ni sampai pi tutup kedai awai-awai) Haih.

Haaa ! Korang mesti nak tau total expenses first day kan? Okay okay jom kita buat kira-kira sesama eh. :)

Van (Airport-Hotel) - Termasuk dalam package
Sim card - 150 bath +/-
(untuk simcard sorang je beli dah cukup untuk seminggu)
Lunch - 60 bath
Sewa Motor - 75 bath
Souvenir (Baju) - 120 bath
Minyak - 50 bath
Dinner - 95 bath
Souvenir (Fridge Magnet) - 280 bath

Total semua = 830 bath bersamaan dengan RM99.60
(Semua ni harga selepas dibahagikan untuk seorang)

Okay, bunga dah ngantuk sangat. So...

SELAMAT MALAM SEMUA.


Part 2 will be update soon. So, harap bersabariah ya.
Thanks drop by my entry. Muaah !




Any inquiries please drop your comment below. Thankyou. :)

2 comments:

Syera Othman Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign